February 6, 2016

Aku Pendosa yang tiada Nokhtah


Berkali kali kita buat salah..
dan kita bertaubat..
kita ulang ulang buat kesalahan...
ALLAH masih terima TAUBAT kita...
Betapa ALLAH SAYANG kita..
Kita sering TERLUPA atau tak ambil kisah hakikat itu..

KASIH SAYANG ALLAh melebihi MURKANYA...
Moga Kita diberi PELUANG kembali kepadaNYA...
Dalam keadaan DIA Redho dan MENGAMPUNKAN kita...

Kata-Kata Hikmah Seribu Duka: Luahan Hati Seorang lelaki

Kata-Kata Hikmah Seribu Duka: Luahan Hati Seorang lelaki: Ramai kaum perempuan yang akan menangis saat tersakiti hatinya oleh kaum lelaki. Sememang kaum perempuan bisa menangis selama berjam-jam,...

Luahan Hati Seorang lelaki

Ramai kaum perempuan yang akan menangis saat tersakiti hatinya oleh kaum lelaki. Sememang kaum perempuan bisa menangis selama berjam-jam, atau bahkan berhari-hari saat hatinya benar-benar terluka. Tapi dalam waktu singkat, kesedihan akan dilupakan tanpa disedari keceriaan hadir kembali.Bagaimanakah dengan kaum lelaki? Saat hatinya terluka, mungkin tiada air mata yang menitis. Memang ramai lelaki yang seakan - akan tidak mempunyai kesedihan. Tetapi yang terlihat hanyalah kebencian dan kekecewaan kerana disakiti.
Benarkah kaum lelaki tidak sedih? Sebenarnya jauh di lubuk hatinya yang paling dalam, ada kesedihan yang terpendam. Meski waktu telah lama berlalu dan segala hal telah berubah, tapi kesedihan itu masih melekat dan muncul dalam ingatannya secara tiba-tiba.
Seandainya saat kaum lelaki sudah memiliki pasangan baru, tanpa diduga, dia akan terkenang pada kenangan dimana dia pernah berjalan dengan bekas kekasihnya.
Ia akan mengingat bahawa perempuan itu pernah mengisi hari-harinya yang indah dan Ia begitu mencintainya. Saat itulah lelaki akan mengalami kesedihan yang teramat. Sudah tentu, hal ini tidak akan terjadi sekali, tapi berulangkali. Sehingga tidak dapat dibayangkan betapa tersiksanya perasaan seorang lelaki.
Dalam sekelip mata perasaan lelaki menjadi down. Lelaki seakan menjadi begitu lemah dan rapuh. Tetapi uniknya, ia berusaha menutupi dan tetap memperlihatkan sikap sewajarnya untuk memulihkan perasaannya sendiri. Sehingga, tak ada seorang pun yang merasakannya, kecuali hatinya sendiri yang terguris.
Hati yang terluka akan selalu dipendam dalam diri seorang lelaki, hingga ia benar-benar bisa menghilangkan luka tersebut dari dirinya. Life’s must go on, right guys?
Kuatkah aku untuk menggantikan dirinya dalam hidup aku??? Sesungguhnya aku masih perlukan kehadiran si dia.. kehadiran si dia melengkapkan hidup aku.. Hanya dia yang aku pinta untuk mengisi ruang kekosongan dalam hidup ini.. 

February 1, 2016

Takdir Ilahi

            Takdir ALLAH SWT kepada seseorang insan adalah berbeza dengan insan lain. Ada orang yang ditakdirkan dengan derita, kala orang lain menerima takdir bahagia. Ada yang bahagia, kala ada yang sedang berduka. Namun, semua itu adalah takdir daripada yang maha esa.

           Takdir ALLAH juga tidak pernah dapat diramal, apa yang disangka itu tewas, maka ALLAH pula menentukan sebaliknya. Ada orang yang mahukan sesuatu itu menjadi begini dan begitu, namun takdir ALLAH menentukan sebaliknya. Itulah takdir yang tidak mampu ditelah fikiran manusia.

         Namun sebagai hamba yang yakin dengan segala ketentuan, sudah pasti kita disarankan untuk tunduk dan akur kepada setiap keputusanNYA. ingat lah antara kesan dan hasil kita beriman dengan takdir dan ketetapan ALLAH ialah hati menjadi tenang.

         Bukan itu sahaja, bahkan hati yang sifatnya berbolak balikitu, tidak pernah risau dalam menjalani hidup ini. Sebagai contoh, seseorang telah ditimpa musibah yang teruk. Pada pandangan manusia lain, sudah tentu kita akan menangisi apa yang berlaku dan sukar untuk menghadapinya.

          Namun, bagi mereka yang beriman dengan takdir ALLAH, hati mereka tenang dan tidah gundah gulana. Bahkan, kerana yakin musibah yang berlaku itu adalah takdir, maka dia yakin bahawa perkara berkenaan pasti terjadi dan tidak mungkin dapat lari daripadanya.

         Yakinlah, apabila seseorang itu memahami takdir ALLAH dengan benar, tentu dia akan lalui segala musibah penuh ketenangan. Perkara ini pasti berbeza dengan orang yang tidak beriman pada takdir dengan benar.

            Hidup mereka pasti diiringi dengan kesedihan. Apa yang mereka rasakan hanyalah kegundahan dan kegelisahan. Mereka sukar untuk menerima sesuatu takdir, malah bimbang ada yang seolah olah menyalahkan takdir keatas dirinya. Inilah dimensi yang berbeza bagi orang yang beriman dan yang tidak beriman dengan takdir ALLAH...